RANCANGAN PENGAJARAN

Hari : Isnin
Masa: 8.00-8.30
Tarikh: 1 Mac 2009
Bilangan murid: 25 orang
Nama kelas: Mawar
Tajuk : Hari Raya
Komponen: Pendidikan moral
Kandungan: 2.4 Mengamalkan ibadat puasa
Hasil pembelajaran: 2.4.6 Menceritakan suasana hari raya puasa
Objektif umum: Kanak-kanak dapat menceritakan suasana hari raya puasa
Objektif khusus: 1) Kanak-kanak dapat menyebut contoh aktiviti pada hari raya
2) Kanak-kanak boleh menyebut nilai-nilai murni sambutan hari raya
3) Kanak-kanak boleh menyatakan perasaan mereka semasa
menyambut hari raya.
Bahan-bahan:
1) Video suasana hari raya
2) Gambar juadah hari raya

Set induksi
1. Guru meminta kanak-kanak berada dalam bulatan

2. Guru menanyangkan video persiapan hari raya kepada kanak-kanak

3. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.

soalan guru.
Apakah cerita yang kamu tonton tadi?
Apakah yang upin dan ipin lakukan sebelum hari raya?


Jawapan kanak-kanak.
Cerita upin dan ipin membuat persiapan menyambut hari raya.
Beli baju baru, buat ketupat, kuih dan sebagainya.



Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan video suasana hari raya kepada kanak-kanak.

2. Guru meminta kanak-kanak bercerita tentang pengalaman menyambut hari raya

3. Setiap kanak-kanak diminta menceritakan pengalaman mereka menyambut hari raya di
hadapan kelas.

Aktiviti 2
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan.

2. Guru menunjukkan gambar juadah hari raya.

3. Guru menyatakan nama-nama kuih raya.

4. Guru memberitahu kanak-kanak aktiviti mereka adalah membuat kek raya
menggunakan laman web.



Kesimpulan
1.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.

Soalan guru

a) Apakah yang kamu telah lakukan hari ini?

b). Sebutkan nama-nama juadah yang telah kamu kenali hari ini?

c). Apakah perkara-perkara yang dilakukan pada hari raya?



Jawapan kanak-kanak

a) Tengok cerita Upin dan Ipin, buat kuih raya.

b) Ketupat, rendang, lemang, bahulu.

c) Bersalaman, menziarahi kubur dan rumah rakan, sembahyang raya dan lain-lain.


2. Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’.

Lagu : Selamat Hari Raya
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembiraBersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya

Wednesday, January 14, 2009

:: PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK ::


Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi menambahkan keseronokan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil.

Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau diperlajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang barudilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan kebangkitan seperti kelaparan atau ketidakselesaan. Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Pernyataan emosi kanak-kanak berubah dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Semakin umurnya meningkat, kanak-kanak akan semakin berkebolehan untuk menyatakan emosinya dengan cara yang lebih halus. Cara kanak-kanak meluahkan emosi mereka berubah daripada penyataan secara fizikal , misalnya memukul kawan apabila berasa marah .

Perkembangan Luahan Emosi Diskrit

Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka misalnya, suka, takut, marah, sedih atau suka, terkejut dan minat. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. Apabila berasa kebangkitan yang tidak menyenangkan, tindakbalas terhadap emosi ini akan diluahkan melalui gerak badan sepeti menendang sambil menjerit apabila sedang menangis. Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yang dialaminya merupakan tidak balas terhadap kebangkitan. Dalam usia yang sama emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Pada masa usianya 18 bulan pula rasa cemburu mulai timbul. Manakala pada umur 24 bulan, emosi baru iaitu keriangan mulai timbul.


Emosi Kesedaran Kendiri

Emosi kesedaran kendiri mula wujud pada usia 2 tahun ketika konsep kendiri wujud. Pada umur 18 – 36 bulan kanak-kanak mula menunjukan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibubapa atau penjaganya. Mereka juga bangga sekiranya ibu bapa mereka memuji. Persaan dengki atau cemburu jelas kelihatan pada usia 3 tahun apabila ibu bapa menunjukan sifat sayang pada anak yang lain. Pada peringkat pra sekolah, perasaan cemburu terhadap kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan guru.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. (Lewis,1995; Alessandri & Sullivan ,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja.

Bandura (1986;1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikan pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.


Bertindak Balas Kepada Emosi



Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes,1998). Perkembangan empati bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati.

Pada peringkat umur 7-9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat perkara yang dapat menarik perhatian orang lain. Ketika berumur 9 – 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa mereka.

Post a Comment

 
Blogger Templates by Wishafriend.com